Sukan Olimpik 2008 atau secara rasminya dalam bahasa Inggeris: Games of the XXIXOlympiad (Sukan Olimpiad XXIX) merupakan sukan antarabangsa utama yang diadakan diBeijing, Republik Rakyat China dari 8 Ogos hingga 24 Ogos 2008. Seramai 11,028 atlet dari 204 negara (JOK) bertanding dalam 302 acara dalam 28 sukan. Upacara perasmian bermula tepat pada jam 08:08:08 pm CST (12:08:08 UTC) di Stadium Nasional Beijing. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepasTokyo pada 1964 dan Seoul pada 1988.
Terdapat banyak juga acara sukan yang dipertandingkan di luar Beijing iaitu bola sepak (diQinhuangdao, Shenyang, dan Tianjin), ekuestrian (di Hong Kong), dan kapal layar (di Qingdao). Ia Olimpik yang ketiga yang dianjurkan dua negara NOC berlainan (Hong Kong dan tanah besar China menganjurkan Olimpik bersama).
Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 13 Julai 2001. Logo rasmi temasya sukan (dinamai "Beijing Menari") menyerupai perkataan 京 (pinyin: jīng, ibu kota), merujuk kepada bandar raya Beijing. Beberapa JOK baru juga didaftarkan oleh IOC.
Kerajaan China menjayakan temasya ini dengan dilengkapi prasarana baru dan sistem pengangkutan yang canggih.[2][3] Sebanyak 37 lokasi digunakan untuk mengadakan temasya ini di samping 12 lokasi yang baru dibina. China yang dipilih sebagai tuan rumah menjadi medan kritikan dan tohmahan oleh segelintir ahli politik dan NGO yang menyelar akan rekod hak asasi manusia di China.[4][5] China dan yang lain, sementara itu, memberikan amaran supaya tidak mempolitikkan Sukan Olimpik.[6][7]
Temasya ini memperlihatkan 43 rekod dunia yang baru dan 132 rekod Olimpik yang baru dipecahkan.[8] 87 negara direkodkan memenangi sekurang-kurangnya satu pingat semasa temasya ini berlangsung. Michael Phelps memecahkan rekod dalam memenangi banyak pingat emas dalam seseuatu temasya Olimpik dan pingat emas terbanyak bagi kerjaya seseorang atlet Olimpik. Usain Bolt menggondol gelaran tradisi iaitu "Manusia Terpantas di Dunia" dengan mencatat rekod dunia dalam perlumbaan acara 100m dan 200m.
Logo
Logo Sukan Olimpik 2008 yang bernama "Beijing Menari" (bahasa Cina: 舞动的北京)diperkenalkan pada Ogos 2003 di sebuah majlis yang dihadiri seramai 2,008 orang di Qi'niandian (祈年殿) — the Hall of Prayer for Good Harvests di Kuil Syurga,Beijing (天壇 atau 天坛). Kuil Syurga, Beijing. Logo utama, iaitu bahagian yang merupai mohor yang bertulis perkataan 京 (jing, kependekan untuk Beijing) dalam bentuk badan yang menari. Lengkungan badan itu juga menyerupai tubuh naga Cina. Lengan terbuka badan itu melambangkan jemputan China kepada seluruh dunia untuk menghayati budayanya. Kata Presiden IOC, Jacques Rogge, "Lambang anda (China) dengan segeranya menyampaikan keindahan dan kuasa orang China yang diterapkan dalam warisan dan penduduk anda. Kami (IOC) berkeyakinan bahawa lambang ini akan menjadi antara simbol yang paling baik dan paling bermakna dalam sejarah Olimpik."[12]
[sunting]Maskot
Fuwa (Cina: 福娃; pinyin: Fúwá; bermaksud "anak patung bertuah") diumumkan sebagai maskot Olimpik Beijing 2008. Fuwa telah dirasmikan pada 11 November 2005, tepat seribu hari sebelum upacara perasmian Olimpik Beijing 2008. Pada asalnya ia dinamakan sebagai "The Friendlies". Akan tetapi, ia telah merisaukan pegawai rasmi China yang bimbang akan disalahertikan sebagai "friendless" atau "friend lies".[13]
Fuwa terdiri daripada lima jenis maskot iaitu ikan, panda gergasi, api, antelop Tibet, dan burung layang-layang . Maskot itu terdiri daripada lima elemen mengikut falsafah Cina iaitu air, logam, api, kayu, dan bumi. Setiap jenis Fuwa memiliki warna-warna yang terdapat dalam Gegelang Olimpik yang mempunyai lima gelang. Lima Fuwa itu dinamakan sebagai Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying, dan Nini. Apabila setiap satu bagi lima nama jenis maskot bersama digabungkan, keputusannya menjadi satu perkataan iaitu 北京欢迎你 (Běijīng huānyíng nĭ) yang bermaksud "Beijing menyambut anda".[14]
Cogan kata
Pada 26 Jun 2005, Jawatankuasa Olimpik Beijing telah mengumumkan cogan kata Olimpik Beijing 2008, iaitu "Satu Dunia, Satu Impian" (Cina Tradisional: 同一個世界 同一個夢想, Cina Ringkas: 同一个世界 同一个梦想, pinyin: Tóng Yíge Shìjiè Tóng Yíge Mèngxiǎng, Inggeris: One World, One Dream)[18]. Cogan kata ini memanggil seluruh dunia menyertai semangat Olimpik dan membina masa depan yang cerah ke atas manusia. Ia dipilih daripada 210,000 penyertaan yang melibatkan seluruh dunia.[11]






No comments:
Post a Comment