Thursday, August 11, 2011


Hari ni untuk column Sejarah Dunia Jay nak cerita pasal sukan yang mengambil tempat pada 115 tahun dahulu.

Untuk column Sejarah Dunia tengahari ni.Hari ini dalam sejarah April 06th, 1896 buat pertama kalinya dalam sejarah sukan Olimpik moden diraikan dan dimulakan semula selepas diharamkan di Athens 1500 tahun dahulu.

Sukan Olimpik yang pertama ni dikenali dengan nama Games of the I Olympiad.

Ianya diadakan di Athens, Greece bermula dari 06hb April hingga 15hb April 1896 selama 9 hari.

Sejarah untuk menghidupkan semula sukan ini telah lama berlaku..dan selepas beberapa kali cubaan gagal dibuat oleh pihak British, Swedes dan pihak Greek akhirnya seorang bangsawan berbangsa Perancis bernama Pierre de Coubertin berjaya melakukan sesuatu yang mustahil dan hasil usaha tanpa henti beliau satu sidang mesyuarat kongres antarabangsa bersama 79 deligasi dari 12 negara berjaya diadakan pada Jun 1894 bagi membincangkan hala tuju Sukan Olimpik ini.

Sukan moden pertama kali ini diadakan di Stadium Panathenaic dan dirasmikan oleh Raja Greece ketika itu iaitu King George the first of Greece dan disaksikan oleh 30,000 orang penonton.

Jumlah pasukan yang menyertai adalah yang paling banyak kalau dibandingkan dengan memana sukan waktu tu..sebab masa tu orang bukan senang nak satukan semua negara..masing masing dengan kepala sendiri dan tak habis-habis dengan perang depa.

Disertai oleh 14 buah negara ketika itu:

AUSTRALIA

AUSTRIA

BULGARIA

CHILE

DENMARK

FRENCH

UNTITED STATE

UNITED KINGDOM

SWIZERLAND

SWEEDEN

ITALY

HUNGARY

GREECE

GERMANY

No comments:

Post a Comment