Ada Harapan Pingat Di London 2012 | ![]() | ![]() |
MALAYSIA mempunyai peluang cerah meraih pingat acara terjun pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London sekiranya gandingan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee mampu melayakkan diri secara merit dalam acara 10 meter platform seirama wanita. Bagaimanapun, gandingan itu terpaksa menunggu peluang kelayakan dalam acara berkenaan pada Kejohanan Terjun Piala Dunia Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) pada awal tahun depan di London. Sukan Olimpik London akan bermula 27 Julai 2012. Meskipun telah menempah tiket ke Sukan Olimpik dalam acara 10 meter platform individu, Pandelela, 18, mengakui masih bimbang dengan peluangnya bersama Mun Yee untuk melayakkan diri dalam acara seirama itu. Ratu terjun negara itu telah mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik selepas menamatkan saingan dalam kelompok 12 penerjun terbaik pada Kejohanan Akuatik Dunia di Shanghai China pada 20 Julai lalu. Pandelela bagaimanapun optimis rakan gandingannya berusia 27 tahun itu tidak akan menghadapi masalah untuk melepasi had kelayakan ke London. “Walaupun saya telah layak ke London bersama Bryan (Nickson Lomas) dalam acara individu, saya tetap bimbang bagi acara seirama ini bersama Mun Yee yang masih belum menempah ke Sukan Olimpik. Pandelela berkata beliau meletakkan sandaran pingat dalam acara 10 meter platform seirama kerana peluangnya lebih cerah berikutan pasukan China hanya membariskan satu penyertaan dalam acara itu berbanding acara kegemarannya 10m platform individu. “Sekiranya gagal untuk layak dalam acara 10 meter platform seirama, ia akan menjejaskan peluang kita untuk menghadiahkan pingat buat negara,” katanya kepada ketika ditemui di Bukit Jalil semalam. Bakal membuat penampilan kedua selepas Sukan Olimpik Beijing 2008, Pandelela berkata, secara peribadi beliau meletakkan sasaran pingat pada kedua-dua acara itu tetapi ia bergantung kepada prestasi dan kemampuan semasanya. Katanya, penerjun China merupakan pencabar terkuatnya setakat ini dan berazam mahu memecah monopoli negara Tembok Besar itu. “Sukan terjun ini adalah sukan subjektif. China telah mempunyai nama dan tahap tertentu pada pandangan juri dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemarkahan. “Saya rasa dengan lebih kerap menyertai kejohanan yang kompetitif, ia membolehkan juri mengenali saya seiring dengan penerjun China,” katanya. Biarpun sudah menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa, Pandelela buat pertama kalinya akan menyertai Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Shenzhen, China, pada 12 hingga 23 Ogos ini selepas bergelar penuntut pra universiti jurusan Sains Sukan di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Anak jati Sarawak itu bagaimanapun tidak meletakkan sebarang sasaran pada penyertaan pertama beliau pada temasya Universiade itu. “Jadual kini makin padat dan saya terpaksa membahagikan masa sebaiknya antara belajar dan latihan. Ini sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran saya namun saya masih dapat mengikutinya,” katanya. Selepas Universiade, beliau akan meneruskan latihan di bawah bimbingan jurulatih China yang mendapat kerakyatan Australia, Yang Zhu Liang, untuk persiapan bagi menghadapi temasya Sukan SEA di Palembang dan Jakarta, Indonesia pada November ini. – Bernama Sukan olimpik 2012 mengadakan di London dan pemenang akan mendapat pingat berikut. ![]() Maskot rasmi Sukan Olimpik London 2012 telah didedahkan untuk tatapan umum. Maskot tersebut dinamakan sebagai Wenlock (Olimpik Musim Panas 2012) dan Mandeville (Paralimpik Musim Panas 2012). Ramai yang komen gambar ni sangat pelik, aneh dan buruk. Ok, saya sendiri pun rasa gambar ni sangat pelik, dengan mata satu tu. Macam Teletubbies pun ada. Di bawah ini adalah maksud tersirat disebalik maskot aneh Sukan Olimpik 2012. |
If you're attempting to lose kilograms then you absolutely need to start using this totally brand new personalized keto meal plan.
ReplyDeleteTo create this service, certified nutritionists, personal trainers, and cooks have united to produce keto meal plans that are powerful, suitable, money-efficient, and enjoyable.
Since their launch in 2019, 1000's of clients have already transformed their figure and health with the benefits a certified keto meal plan can give.
Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-tested ones given by the keto meal plan.