Monday, August 15, 2011

sejarah sukan olimpik

STADIUM Kebangsaan China atau dikenali sebagai ‘Sarang Burung’ (Bird’s nest) yang akan menjadi lokasi utama acara-acara Sukan Olimpik sudah bersiap sedia menyambut atlet-atlet dari seluruh dunia.

MENGIKUT legenda, Sukan Olimpik Purba mula diperkenalkan oleh Hercules, anak kepada Zeus dari zaman Yunani.
Sejarah menyebut Sukan Olimpik pertama kali diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi, walaupun ramai yang mempercayai tarikh sebenar bila temasya itu dilangsungkan berlaku lebih awal daripada umum mengetahuinya.
Mengikut catatan, Coroebus, seorang pelari yang mengambil bahagian dalam temasya itu telah memenangi acara lari 192 meter, sekali gus menjadikannya sebagai juara pertama dalam sejarah Olimpik.
Tahun silih berganti, Sukan Olimpik Purba terus berkembang dan mula diperkenalkan dalam empat tahun sekali untuk selama 1,200 tahun. Bagaimanapun, pada tahun 393 selepas Masihi, kerajaan empayar Yunani yang diperintah oleh Maharaja Theodosius 1, seorang yang berfahaman kristian mengharamkan sukan itu yang dikatakan menjadi festival bagi orang tidak beragama (pagan).
Titik-tolak daripada tindakan Maharaja Theodosius, Sukan Olimpik terhenti selama ribuan tahun sehinggalah ia diadakan semula pada abad ke-19 oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin.
Coubertin dilahirkan pada tahun 1863. Dia hanya berusia tujuh tahun ketika Perancis di bawah penaklukan Jerman dalam perang Franco-Prusia pada 1870.
Ada pandangan yang mengatakan, Coubertin menyumbang kepada kemenangan Perancis dalam peperangan itu selepas mendapati faktor kekalahan Perancis pada awalnya adalah disebabkan askarnya yang lesu.
Selepas beberapa tahun dengan melakukan kajian dan pemerhatian, Coubertin membuat kesimpulan bahawa faktor keletihan askar Perancis dalam peperangan itu adalah disebabkan kurangnya masa bersukan.
Minat Coubertin bukan sekadar memulihkan semangat askar Perancis tetapi lebih daripada itu. Dia kemudiannya menubuhkan sebuah organisasi sukan USFSA untuk tujuan itu. Dua tahun kemudian. Coubertin mencadangkan agar Sukan Olimpik diadakan semula dan pada tahun 1892, USFSA mengadakan konvensyen pertamanya di Paris.
Pada perjumpaan itu, suaranya tidak diendahkan sehinggalah dua tahun kemudiannya apabila Coubertin menganjurkan pertemuan 79 delegasi daripada sembilan negara yang akhirnya membentuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Wakil Greece, Demetrious Vikelas telah dipilih sebagai presiden yang pertama, manakala Athens sebagai tempat untuk mengembalikan semula Sukan Olimpik dan pusat pentadbirannya.
Sukan Olimpik pertama dibuka pada April 1896 dengan memilih Stadium Panathenaic yang asalnya dibina pada tahun 330 selepas Masihi sebagai venue pertama.
Kontijen negara menyertai Sukan Olimpik sejak penyertaan pertama temasya Melbourne 1956 melainkan pada tahun 1980 apabila Malaysia telah menyertai gagasan negara-negara barat untuk memulaukan Sukan Olimpik Moscow 1980.
Sejak penglibatan Malaysia dalam Olimpik, sukan seperti akuatik dan olahraga merupakan yang kerap menyertainya sehingga tahun 2004. Malah, hoki juga antara wakil Malaysia yang konsisten bertanding di Sukan Olimpik kecuali di Rom 1960, Seoul 1988, Athens 2004 dan Beijing 2007.

Bertanding
Bola sepak Malaysia juga tidak sunyi daripada bertanding di Sukan Olimpik apabila dua kali layak ke temasya berprestij itu iaitu pada 1972 di Munich dan 1980 di Moscow tetapi sayangnya kita tidak mengambil bahagian gara-gara pendirian politik negara pada ketika itu.
Acara badminton mula diperkenalkan dalam Olimpik pada tahun 1992 di Barcelona dan sehingga kini sukan itu telah menyumbang satu pingat perak dan dua gangsa dalam sejarah Olimpik Malaysia.
Perak diperoleh menerusi gandingan beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock pada temasya Atlanta 1996 manakala gangsa daripada pasangan adik-beradik Razif dan Jalani Sidek di Barcelona 1992 serta Rashid Sidek dalam acara perseorangan di Olimpik Atlanta 1996.
Selain badminton, beberapa sukan lain juga mencatat pencapaian terbaik seperti menerusi bekas jaguh pecut negara, Datuk Dr. M. Jegathesan dalam acara 200 meter di Tokyo 1968 dan Mexico 1972, Ishtiaq Mubarak dalam 110m lari berpagar (Mexico 1972).
Malaysia juga hampir memecah kebuntuan mencari pingat menerusi Alex Lim yang berjaya mara ke saingan separuh akhir 100m kuak lentang dan Josiah Ng dalam acara berbasikal melangkah ke peringkat akhir keirin.
Antara 1896 dan 2004, Malaysia telah menyertai sebanyak 18 daripada 28 sukan yang dipertandingkan.
Pada 8 Ogos ini, Sukan Olimpik muncul kembali dengan Beijing menjadi tuan rumah bertemakan One World One Dream dengan jangkaan seramai 10,000 hingga 12,000 atlet dan pegawai sukan terlibat di samping 4,000 hingga 5,000 petugas teknikal dan pengadil mengendalikan sukan terhebat era millenium ini.
Temasya yang akan berlangsung dari 8 hingga 24 Ogos itu akan turut melibatkan 6,000 hingga 8,000 wartawan media cetak dan elektronik dari seluruh dunia membuat liputan lebih tiga minggu itu.
Beijing memilih logo Sukan Olimpik 2008 yang dinamakan Beijing Menari yang mempunyai falsafah China yang dikaitkan dengan tubuh naga dan lambang jemputan China kepada seluruh dunia untuk menghayati budayanya.
Sebanyak 28 jenis sukan akan dipertandingkan di Beijing melibatkan 302 acara (165 lelaki, 127 wanita dan 10 terbuka/campuran). Jika sukan Wushu sebelum ini hanya sebagai acara pertunjukan tetapi kali ini ia menawarkan enam acara lelaki dan wanita tetapi pungutan pingatnya tidak akan dikira dalam jumlah keseluruhan pungutan pingat negara yang bertanding dan menghantar wakilnya untuk acara ini.
Pada temasya di Beijing, kontijen negara seramai 33 atlet akan mengambil bahagian dalam 29 acara, meningkat berbanding Athens yang menyaksikan 26 atlet negara untuk 26 acara.
Paling menarik atlet negara turut ditawarkan ganjaran sebanyak RM1 juta jika membawa pulang pingat emas dari Sukan Olimpik Beijing. Kepada mereka selamat berjuang!

Sunday, August 14, 2011

Ada Harapan Pingat Di London 2012

Ada Harapan Pingat Di London 2012
PDF
CetakE-mail


MALAYSIA mempunyai peluang cerah meraih pingat acara terjun pada 
temasya Sukan Olimpik 2012 di London sekiranya gandingan Pandelela 
Rinong dan Leong Mun Yee mampu melayakkan diri secara merit dalam 
acara 10 meter platform seirama wanita.


Bagaimanapun, gandingan itu terpaksa menunggu peluang kelayakan 
dalam acara berkenaan pada Kejohanan Terjun Piala Dunia 
Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) pada awal tahun depan di London.
Sukan Olimpik London akan bermula 27 Julai 2012.
Meskipun telah menempah tiket ke Sukan Olimpik dalam 
acara 10 meter platform individu, Pandelela, 18, mengakui masih 
bimbang dengan peluangnya bersama Mun Yee untuk melayakkan diri 
dalam acara seirama itu.

Ratu terjun negara itu telah mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik 
selepas menamatkan saingan dalam kelompok 12 penerjun terbaik 
pada Kejohanan Akuatik Dunia di Shanghai China pada 20 Julai lalu.
Pandelela bagaimanapun optimis rakan gandingannya berusia 27 tahun 
itu tidak akan menghadapi masalah untuk melepasi had kelayakan ke London.

“Walaupun saya telah layak ke London bersama Bryan (Nickson Lomas)
 dalam acara individu, saya tetap bimbang bagi acara seirama ini bersama 
Mun Yee yang masih belum menempah ke Sukan Olimpik.
Pandelela berkata beliau meletakkan sandaran pingat dalam acara 10 
meter platform seirama kerana peluangnya lebih cerah berikutan pasukan 
China hanya membariskan satu penyertaan dalam acara itu 
berbanding acara kegemarannya 10m platform individu.

“Sekiranya gagal untuk layak dalam acara 10 meter platform 
seirama, ia akan menjejaskan peluang kita untuk menghadiahkan 
pingat buat negara,” katanya kepada ketika ditemui di Bukit Jalil semalam.
Bakal membuat penampilan kedua selepas Sukan Olimpik Beijing
 2008, Pandelela berkata, secara peribadi beliau meletakkan sasaran 
pingat pada kedua-dua acara itu tetapi ia bergantung kepada prestasi 
dan kemampuan semasanya.
Katanya, penerjun China merupakan pencabar terkuatnya setakat ini 
dan berazam mahu memecah monopoli negara Tembok Besar itu.

“Sukan terjun ini adalah sukan subjektif. China telah mempunyai 
nama dan tahap tertentu pada pandangan juri dan ini sedikit sebanyak 
mempengaruhi pemarkahan.
“Saya rasa dengan lebih kerap menyertai kejohanan yang kompetitif,
 ia membolehkan juri mengenali saya seiring dengan penerjun China,”
 katanya.

Biarpun sudah menyertai pelbagai kejohanan antarabangsa, Pandelela 
buat pertama kalinya akan menyertai Sukan Universiti Dunia (Universiade) 
di Shenzhen, China, pada 12 hingga 23 Ogos ini selepas bergelar penuntut
 pra universiti jurusan Sains Sukan di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Anak jati Sarawak itu bagaimanapun tidak meletakkan sebarang 
sasaran pada penyertaan pertama beliau pada temasya Universiade itu.
“Jadual kini makin padat dan saya terpaksa membahagikan masa 
sebaiknya antara belajar dan latihan. Ini sedikit sebanyak 
mengganggu proses pembelajaran saya namun saya masih dapat 
mengikutinya,” katanya.

Selepas Universiade, beliau akan meneruskan latihan di bawah bimbingan 
jurulatih China yang mendapat kerakyatan Australia, Yang Zhu Liang, 
untuk persiapan bagi menghadapi temasya Sukan SEA di Palembang 
dan Jakarta, Indonesia pada November ini. – Bernama



Sukan olimpik 2012 mengadakan di London dan pemenang akan mendapat pingat

 berikut. 


Maskot rasmi Sukan Olimpik London 2012 telah didedahkan untuk tatapan umum. Maskot tersebut dinamakan sebagai Wenlock (Olimpik Musim Panas 2012) dan Mandeville (Paralimpik Musim Panas 2012).
Ramai yang komen gambar ni sangat pelik, aneh dan buruk. Ok, saya sendiri pun rasa gambar ni sangat pelik, dengan mata satu tu. Macam Teletubbies pun ada. Di bawah ini adalah maksud tersirat disebalik maskot aneh Sukan Olimpik 2012.













SENARAI PENGANJURAN SUKAN OLIMPIK:

SENARAI PENGANJURAN SUKAN OLIMPIK:

EDISI TAHUN                       PENGANJUR
XIV2008BEIJINGCHINA
XIII2004ATHENSGREECE
XII2000SYDNEYAUSTRALIA
XI1996ATLANTAUSA
X1992BARCELONASPAIN
IX1988SEOULKOREA
VIII1984LOS ANGELESUSA
VII1980MOSCOWRUSSIA
VI1976MONTREALCANADA
V1972MUNICHJERMAN
IV1968MEXICOMEXICO
III1964TOKYOJAPAN
II1960ROMEITALY
I1956MELBOURNE/STOCKHOLMAUSTRALIA/SWEEDEN


















Sukan Olimpik 2008 ................



Sukan Olimpik 2008 atau secara rasminya dalam bahasa InggerisGames of the XXIXOlympiad (Sukan Olimpiad XXIX) merupakan sukan antarabangsa utama yang diadakan diBeijingRepublik Rakyat China dari 8 Ogos hingga 24 Ogos 2008. Seramai 11,028 atlet dari 204 negara (JOK) bertanding dalam 302 acara dalam 28 sukan. Upacara perasmian bermula tepat pada jam 08:08:08 pm CST (12:08:08 UTC) di Stadium Nasional Beijing. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepasTokyo pada 1964 dan Seoul pada 1988.
Terdapat banyak juga acara sukan yang dipertandingkan di luar Beijing iaitu bola sepak (diQinhuangdaoShenyang, dan Tianjin), ekuestrian (di Hong Kong), dan kapal layar (di Qingdao). Ia Olimpik yang ketiga yang dianjurkan dua negara NOC berlainan (Hong Kong dan tanah besar China menganjurkan Olimpik bersama).
Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 13 Julai 2001. Logo rasmi temasya sukan (dinamai "Beijing Menari") menyerupai perkataan 京 (pinyin: jīng, ibu kota), merujuk kepada bandar raya Beijing. Beberapa JOK baru juga didaftarkan oleh IOC.
Kerajaan China menjayakan temasya ini dengan dilengkapi prasarana baru dan sistem pengangkutan yang canggih.[2][3] Sebanyak 37 lokasi digunakan untuk mengadakan temasya ini di samping 12 lokasi yang baru dibina. China yang dipilih sebagai tuan rumah menjadi medan kritikan dan tohmahan oleh segelintir ahli politik dan NGO yang menyelar akan rekod hak asasi manusia di China.[4][5] China dan yang lain, sementara itu, memberikan amaran supaya tidak mempolitikkan Sukan Olimpik.[6][7]
Temasya ini memperlihatkan 43 rekod dunia yang baru dan 132 rekod Olimpik yang baru dipecahkan.[8] 87 negara direkodkan memenangi sekurang-kurangnya satu pingat semasa temasya ini berlangsung. Michael Phelps memecahkan rekod dalam memenangi banyak pingat emas dalam seseuatu temasya Olimpik dan pingat emas terbanyak bagi kerjaya seseorang atlet Olimpik. Usain Bolt menggondol gelaran tradisi iaitu "Manusia Terpantas di Dunia" dengan mencatat rekod dunia dalam perlumbaan acara 100m dan 200m.




Rencana utama: Beijing Menari

Logo Olimpik Beijing 2008 di Dataran Tiananmen
Logo Sukan Olimpik 2008 yang bernama "Beijing Menari" (bahasa Cina: 舞动的北京)diperkenalkan pada Ogos 2003 di sebuah majlis yang dihadiri seramai 2,008 orang di Qi'niandian (祈年殿) — the Hall of Prayer for Good Harvests di Kuil Syurga,Beijing (天壇 atau 天坛). Kuil Syurga, Beijing. Logo utama, iaitu bahagian yang merupai mohor yang bertulis perkataan 京 (jing, kependekan untuk Beijing) dalam bentuk badan yang menari. Lengkungan badan itu juga menyerupai tubuh naga Cina. Lengan terbuka badan itu melambangkan jemputan China kepada seluruh dunia untuk menghayati budayanya. Kata Presiden IOC, Jacques Rogge, "Lambang anda (China) dengan segeranya menyampaikan keindahan dan kuasa orang China yang diterapkan dalam warisan dan penduduk anda. Kami (IOC) berkeyakinan bahawa lambang ini akan menjadi antara simbol yang paling baik dan paling bermakna dalam sejarah Olimpik."[12]

[sunting]Maskot

Beibei.jpgJingjing.jpgHuanhuan.jpgYingying.jpgNini.jpg


Fuwa (Cinapinyin: Fúwá; bermaksud "anak patung bertuah") diumumkan sebagai maskot Olimpik Beijing 2008. Fuwa telah dirasmikan pada 11 November 2005, tepat seribu hari sebelum upacara perasmian Olimpik Beijing 2008. Pada asalnya ia dinamakan sebagai "The Friendlies". Akan tetapi, ia telah merisaukan pegawai rasmi China yang bimbang akan disalahertikan sebagai "friendless" atau "friend lies".[13]
Fuwa terdiri daripada lima jenis maskot iaitu ikan, panda gergasi, api, antelop Tibet, dan burung layang-layang . Maskot itu terdiri daripada lima elemen mengikut falsafah Cina iaitu air, logam, api, kayu, dan bumi. Setiap jenis Fuwa memiliki warna-warna yang terdapat dalam Gegelang Olimpik yang mempunyai lima gelang. Lima Fuwa itu dinamakan sebagai Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying, dan Nini. Apabila setiap satu bagi lima nama jenis maskot bersama digabungkan, keputusannya menjadi satu perkataan iaitu  (Běijīng huānyíng nĭ) yang bermaksud "Beijing menyambut anda".[14]



Cogan kata


Lambang dan cogan kata Olimpik 2008 dipaparkan saling menyebelah di dalam imej ini.
Pada 26 Jun 2005, Jawatankuasa Olimpik Beijing telah mengumumkan cogan kata Olimpik Beijing 2008, iaitu "Satu Dunia, Satu Impian" (Cina Tradisional同一個世界 同一個夢想Cina Ringkas同一个世界 同一个梦想pinyin: Tóng Yíge Shìjiè Tóng Yíge Mèngxiǎng, InggerisOne World, One Dream)[18]. Cogan kata ini memanggil seluruh dunia menyertai semangat Olimpik dan membina masa depan yang cerah ke atas manusia. Ia dipilih daripada 210,000 penyertaan yang melibatkan seluruh dunia.[11]